Sudah lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja lain.
Di sini sekali gus update beberapa peristiwa:
Parti Keadilan Cabang Sungai Petani akan mengadakan Jamuan Makan Malam pd 5hb Jun 2010 di Dewan Lip Seang Kor, Sg Petani. Saya telah menubuh committee untuk menjayakan program ini.
Kaunter daftar pengundi baru di pasar pagi taman intan.
Kaunter daftar pengudi baru di pasar pagi Taman Ria Jaya. Daftar undi 2 hari telah berjaya mendaftar melebihi 100 pengundi baru. Selain itu, ahli-ahli juga mengedar dan menjual ticket Jamuan Makan Malam besar-besaran pada 5hb Jun.
SUNGAI PETANI - Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Simon Ooi Tze Min membuka Pusat Khidmat Bergerak di pasar pagi Taman Bersatu dalam usaha menunaikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Majlis MPSPK yang baru sahaja dilantik bagi sesi 2010/2011.
Simon berkata, dia membuka Pusat Khidmat Bergerak di pasar pagi Taman Bersatu untuk dikunjungi masyarakat yang ingin membuat aduan mengenai kawasan masing-masing kepadanya.
Menurutnya, dengan adanya pusat khidmat bergerak, rakyat lebih mudah membuat aduan atau masalah kepadanya dan secara tidak langsung dapat mendekati rakyat.
“Pusat Khidmat Bergerak ini dibuka pada minggu pertama setiap bulan dari jam 8 hingga 10 pagi dan setakat ini saya mendapat maklum balas yang positif serta sambutan yang menggalakkan.
“Selain itu, saya dapat memperkenalkan diri sebagai Ahli Majlis MPSPK yang baru dan bertanggungjawab di Zon C. Saya akan berada di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Kiri pada setiap Selasa jam 8 malam hingga 10 pagi untuk menerima aduan rakyat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Simon berkata, dia turut menganjurkan aktiviti gotong-royong melibatkan Kampung Pengkalan Lebai Man yang berhadapan dengan masalah kebersihan dan banjir kilat.
Menurutnya, usaha menganjurkan gotong-royong itu adalah untuk berganding bahu bersama pihak terlibat iaitu E-Idaman dan Pas Cawangan Kampung Pengkalan Lebai Man dalam usaha membersihkan kawasan kampung untuk mengurangkan risiko banjir kilat dan penyakit merbahaya.
“Usaha mengadakan gotong-royong ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk kampung mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan kediaman agar bebas daripada penyakit merbahaya seperti denggi.
“Dengan kerjasama E-Idaman dan penduduk kampung, kami bersama-sama membersihkan semak dan menyelesaikan masalah parit tersumbat untuk meningkatkan kebersihan kampung,” katanya.
Ruj. Kami: MPSPK/Bil04/10/02 Tarikh: 2hb Februari 2010
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman. (U/P: Pn Zubaidah Hanoom, Pegawai Perhubungan Awam MPSPK)
Puan,
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN MENGENAI PERMASALAHAN PENDUDUK
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya.
1. Mohon menerbang pokok yang merbahaya. Lokasi: 53, Lorong Jati 15-A, Taman Bandar Baru, Sg Lalang, 08100 Bedong. Pengadu: Ooi Tze Min 012-4202264
2. Longkang sumbat di Restauran Wandly Siang Lokasi: 25A, Jalan Sekerat, 08000 Sg Petani Pengadu: Low Keng Chew 012-4311031
3. Mohon membaiki lampu jalan yang rosak di sepanjang jalan. Lokasi: Persiaran Bandar Puteri Jaya Utama, Bandar Puteri Jaya Pengadu: Lim Kian Huat 019-4426317
4. Mohon pembersihan dan membaiki semula tasik di Bandar Puteri Jaya, sebahagian tasik telah diisi tanah dan penuh dengan semak samun. Lokasi: Persiaran Bandar Puteri Jaya Utama 3A, Bandar Puteri Jaya Pengadu: Lim Kian Huat 019-4426317
5. Mohon bersihkan daun-daun yang berguguran dan menyumbat lubang-lubang saliran air tepi jalan Lokasi: Persiaran Bandar Puteri Jaya Utama 3A, Bandar Puteri Jaya Pengadu: Lim Kian Huat 019-4426317
6. Mohon bersihkan longgokan sampah yang berselerak di sekitar tong sampah, padang rumput dan longkang. Juga minta bersihkan semak-samun di tepi jalan. Lokasi: Jln Bdr Puteri Jaya 3A/1, Bdr Puteri Jaya Pengadu: Lim Kian Huat 019-4426317
7. Mohon membaiki lampu jalan yang jatuh tetapi tidak dibina balik. Lokasi: pintu masuk Bdr Puteri Jaya Pengadu: Lim Kian Huat 019-4426317
8. Tempat tong sampah yang terlalu dekat dengan rumah menyebabkan bau busuk menjejas kehidupan penduduk. Mohon memindah tong sampah ke tempat yang lebih jauh daripada kawasan rumah dan memastikan buat jalan yang senang bagi penduduk untuk pergi ke tempat buang sampah. Kalau tidak, penduduk akan buang sampah di tempat asal. Lokasi: Lorong Inang 8, Taman Ria Jaya. Pengadu: Mr Low 016-4517956
9. Minta meningkat kekerapan pengutipan sampah di Pekan Tikam Batu. Sekarang 4-5 hari sekali, minta 2 hari sekali. (Pengadu: Loh 013-4388668)
10. Minta potong rumput di kawasan Lagenda Height. (Pengadu: Teoh 012-4041262)
11. Sampah di kawasan Kg Baru Sungai Lalang tidak dikutip selama 1 minggu. (Pengadu: Teoh 012-4041262)
Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.
Sekian Terima Kasih
Yang Benar,
……………………. OOI TZE MIN (012-4202264) Ahli Majlis MPSPK merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani
Ruj. Tuan: Bil (8/2/09) dlm. MPSPK(IP)J-8/2009 (E) Ruj. Kami: MPSPK/Bil03/10/02 2hb. Februari 2010
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman. (U/P: Haji Mahadzir bin Haji Kassim, Ketua Jabatan Kejuruteraan)
Tuan,
PERMOHONAN LAMPU JALAN KAWASAN PEKAN LAMA
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Ketua Kampung Pekan Lama, Encik Teoh Kim Lee tentang pemasangan lampu jalan oleh TNB di Pekan Lama hanya dipasang 4 daripada 11 tiang lampu yang dipohon.
3. Saya memohon pihak tuan memasang lampu jalan yang belum dipasang. Berikut adalah nombor tiang untuk rujukan pihak tuan.
No Tiang Belum Pasang PL H 2/3 PL G 7/6/1 PL G 7/6/A 1 PL G 7/3 PL G 7/3/1 PL G 7/2 PL G 7/1
No Tiang Sudah Pasang PL H 3 PL H 3/4 PL H 3/5/1 PL H 3/6/2
4. Kami berharap pihak tuan boleh menimbangkan permohonan ini supaya keselamatan penduduk kawasan Pekan Lama terjamin. Segala usaha pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
……………………. OOI TZE MIN (012-4202264) Ahli Majlis MPSPK merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahim
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.
(U/P: Haji Mahadzir bin Haji Kassim, Ketua Jabatan Kejuruteraan)
Tuan,
PERMOHONAN LAMPU JALAN BARU DAN MEMBAIKI JALAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN CENDANA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin memohon lampu jalan di sepanjang Jalan Cendana 4/6, Kawasan Perindustrian Cendana, 08000 Sungai Petani.
3.Saya telah menerima banyak aduan bahawa pekerja kilang di kawasan perindustrian tersebut yang balik pada waktu malam mengalami kes ragut kerana keadaan jalan raya yang gelap-gelita.Selain itu, saya juga memohon pihak tuan membaiki jalan yang rosak di kawasan perindustrian tersebut.
4.Persekitaran kawasan perindustrian yang elok dan selamat akan menarik lebih banyak pelabur untuk melabur di sini. Oleh demikian, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini dan memasang lampu jalan pada tiang lampu jalan yang sedia ada untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Untuk makluman, tiang lampu jalan di situ tidak mempunyai nombor tiang.
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahim
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.
(U/P: Pn Zubaidah Hanoom, Pegawai Perhubungan Awam MPSPK)
Puan,
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN MENGENAI PERMASALAHAN PENDUDUK
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya.
1.Minta menerbang pohon pokok yang merbahaya, sudah buat aduan ke MPSP selama 3 bulan tetapi tiada tindakan hingga sekarang.
Lokasi: No 1, Lorong 42, Taman Petani Jaya.
Pengadu: Mr Chong 012-5190536
2.Minta membaiki lampu jalan di Jalan Lencongan Timur yang rosak. Sekitar lampu isyarat selepas Bandar Puteri Jaya / berhampiran dengan Bandar Mutiara.
(Pengadu: Tan Heng Teng 012-4209719)
3.Minta membaiki lampu jalan yang rosak di Taman Ria Jaya, Jalan besar dari Jalan Cinta Sayang hingga ke Food Court / Masjid.
(Pengadu: Joe Foo 012-5941015)
4.Minta membersihkan semak samun yang setinggi 2-3 meter di tanah lapang. Juga minta untuk membina padang bola sepak di tanah lapang tersebut.
Lokasi: Bandar Puteri Jaya, belakang surau dan tadika, kawasan rumah kos rendah.
(Pengadu: Kapten Mohd Saffar b. Mohd Saad 017-4748786)
5.Minta membaiki simen longkang yang telah pecah / runtuh, sudah 5 tahun.
Lokasi: 696, Lorong Angsana 19, Taman Keladi, SP.
(Pengadu: Chan Boon Lin 017-4297228)
6.Minta membersihkan longgokan sampah di sekitar Beng Siew, Pekan Lama.
(Pengadu: Lee Yong Chee 016-4016128)
7.Minta bersihkan longkang besar yg sumbat di Lagenda Indah.
(Pengadu: Ms Teoh 012-4241813)
Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.