Thursday, February 04, 2010

Permohonan Lampu Jalan di Kaw Perindustrian Cendana

Tarikh: 2hb. Februari 2010


Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Sungai Petani
Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahim
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.

(U/P: Haji Mahadzir bin Haji Kassim, Ketua Jabatan Kejuruteraan)


Tuan,


PERMOHONAN LAMPU JALAN BARU DAN MEMBAIKI JALAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN CENDANA


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin memohon lampu jalan di sepanjang Jalan Cendana 4/6, Kawasan Perindustrian Cendana, 08000 Sungai Petani.


3. Saya telah menerima banyak aduan bahawa pekerja kilang di kawasan perindustrian tersebut yang balik pada waktu malam mengalami kes ragut kerana keadaan jalan raya yang gelap-gelita. Selain itu, saya juga memohon pihak tuan membaiki jalan yang rosak di kawasan perindustrian tersebut.


4. Persekitaran kawasan perindustrian yang elok dan selamat akan menarik lebih banyak pelabur untuk melabur di sini. Oleh demikian, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini dan memasang lampu jalan pada tiang lampu jalan yang sedia ada untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Untuk makluman, tiang lampu jalan di situ tidak mempunyai nombor tiang.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,



OOI TZE MIN

(012-4202264)

Ahli Majlis MPSPK merangkap

Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani

0 comments: