Thursday, February 04, 2010

PERMOHONAN LAMPU JALAN KAWASAN PEKAN LAMA

Ruj. Tuan: Bil (8/2/09) dlm. MPSPK(IP)J-8/2009 (E)
Ruj. Kami: MPSPK/Bil03/10/02
2hb. Februari 2010

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahim
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.
(U/P: Haji Mahadzir bin Haji Kassim, Ketua Jabatan Kejuruteraan)

Tuan,

PERMOHONAN LAMPU JALAN KAWASAN PEKAN LAMA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Ketua Kampung Pekan Lama, Encik Teoh Kim Lee tentang pemasangan lampu jalan oleh TNB di Pekan Lama hanya dipasang 4 daripada 11 tiang lampu yang dipohon.

3. Saya memohon pihak tuan memasang lampu jalan yang belum dipasang. Berikut adalah nombor tiang untuk rujukan pihak tuan.


No Tiang Belum Pasang
PL H 2/3
PL G 7/6/1
PL G 7/6/A 1
PL G 7/3
PL G 7/3/1
PL G 7/2
PL G 7/1

No Tiang Sudah Pasang
PL H 3
PL H 3/4
PL H 3/5/1
PL H 3/6/2

4. Kami berharap pihak tuan boleh menimbangkan permohonan ini supaya keselamatan penduduk kawasan Pekan Lama terjamin. Segala usaha pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………….
OOI TZE MIN
(012-4202264)
Ahli Majlis MPSPK merangkap
Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani

0 comments: